suria

Wow! Ini 5 penyanyi terkaya dunia, Jay Z dan Taylor Swift antara masuk senarai

Jay Z dan Taylor Swift antara penyanyi miliki pendapatan tertinggi.

TAHUN 2024 menyaksikan lima penyanyi Hollywood tersenarai sebagai artis paling kaya di dunia apabila mereka meraih pendapatan tinggi menerusi karya muzik.

Kali ini mStar senaraikan lima penyanyi yang berjaya menduduki ranking penyanyi dunia berpendapatan tinggi sehingga September 2024.

1.Jay Z

Penyanyi berusia 54 tahun ini memiliki aset sebanyak AS$3.71 bilion atau bersamaan RM16.01 bilion. Jay Z juga telah memenangi 24 trofi di Anugerah Grammy dan meletakkan dirinya di tangga teratas dalam senarai.

hollywood 3

Rihanna

2.Rihanna

Penyanyi ini memiliki aset sebanyak AS$2.08 bilion (RM 8.97 bilion). Ia menjadikan dirinya salah seorang bintang pop terkaya di dunia. Majoriti hasil kekayaan daripada produk kecantikannya iaitu Fenty Beauty.

3.Paul McCartney

Penyanyi berusia 82 tahun ini memiliki aset sebanyak AS$1.93 bilion (RM8.33 bilion). Selain bidang muzik, perniagaan juga membantu Paul menambah nilai kekayaannya.

4.Taylor Swift

hollywood 2

(Kiri); Paul McCartney dan Bruce Springsteen

Penyanyi ini merupakan salah seorang bintang pop terkenal dunia dan memiliki aset sebanyak AS$1.63 bilion (RM7.03 bilion). Konsert jelajah yang dilakukan di seluruh dunia telah membantu menambah pendapatannya sebagai antara penyanyi dunia terkaya.

5.Bruce Springsteen

Penyanyi ini baru sahaja memasuki senarai jutawan dengan memiliki aset sebanyak AS$1.60 bilion (RM6.90 bilion). Dia telah menjual kesemua katalog muzik miliknya termasuk 300 buah lagu dan 20 album kepada Sony pada 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain