suria

Mahalini dah jumpa cara mudah kejut Rizky Febian bangun tidur, selalu bebel kerana leka main game

Mahalini selalu tegur Rizky kerana leka main permainan video.

PENYANYI Rizky Febian mengakui sudah jarang bermain permainan video online selepas berkahwin dengan Mahalini.

Ini kerana dia sering ditegur oleh isterinya itu kerana terlalu leka dan asyik bermain permainan video di komputer.

"Dari dulu sampai sekarang Lini (Mahalini) selalu marah, dijerit atau tak masuk live chatnya dia akan cakap... mahu aku kunci pintu bilik?" cerita Rizky.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai cuba ganggu hubungan Rizky Febian dan Mahalini, tukang tilik ramal pasangan ini bahagia sampai tua

Dalam temu bual bersama pengacara Praz Teguh itu juga Rizky mendedahkan dia seorang yang sukar untuk bangun pagi.

Namun, isterinya itu sudah mengetahui cara mudah untuk mengejutkan dia bangun daripada tidur.

“Lini dah jumpa cara nak bangunkan saya, caranya begini, dia akan tanya saya... nanti nak makan apa? Dengar pertanyaannya itu saya terus bangun.

"Jadi itulah caranya kalau mahu saya bangun cepat, tanya saja mahu makan apa," kata Rizky

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain