suria

Rakan kolej busuk hati wujudkan akaun FB sebar kebencian, Lady Gaga jadikan pembakar semangat untuk bangkit

Gaga mengambil kata-kata kecaman rakan-rakannya sebagai motivasi.

SIAPA sangka pada awal kemunculan Lady Gaga, rupa-rupanya ada bekas rakan sekelasnya yang cemburu melihat pencapaian penyanyi itu.

Malah, mereka sanggup membuat kumpulan Facebook semata-mata untuk menyebarkan kebencian terhadap Gaga.

Sedar mengenai kewujudan kumpulan tersebut, Gaga bagaimanapun enggan ambil pusing mengenai perkara itu.

Copy of Untitled - 2024-09-13T135757.622

Gaga tidak ambil pusing dengan kecaman rakan-rakannya.

Malah, penyanyi itu menyifatkan kebencian yang ditunjukkan rakan-rakannya merupakan penguat semangat untuk dia terus berkarya.

"Ada kawan-kawan dari zaman kolej yang sudah membenci saya dari awal saya mula bertapak dalam industri.

"Inilah contoh kenapa kita tak boleh berputus asa walaupun ada orang sangsi dengan kemampuan kita," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga sarung busana rekaan Rizman Ruzaini, pelaburan RM3 juta dapatkan Naomi Campbell mula nampak hasil

ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga mengaku dah bertunang depan PM Perancis, sama-sama tonton Olimpik Paris 2024

Sebelum ini, sebuah kumpulan yang diberi nama 'Stefani Germanotta, awak tak akan terkenal' di platform Facebook mencuri perhatian ramai.

Apa yang menarik perhatian, gambar profil yang digunakan kumpulan tersebut mamaparkan wajah Gaga ketika remaja bersama tanda pangkah.

Untuk rekod, Gaga pernah menyambung pelajaran di sebuah kolej di New York sebelum ini dia mengambil keputusan untu berhenti belajar pada usia 19 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain