TINDAKAN pantas penyanyi Jon Bon Jovi berjaya menyelamatkan nyawa seorang wanita yang nekad untuk terjun daripada sebuah jambatan di bandar Nashville, Amerika Syarikat pada Selasa lalu. Perkara tersebut disampaikan oleh Jabatan Polis Metro Nashville yang memuji usaha penyanyi itu memujuk wanita berkenaan untuk turun daripada jambatan. "Terima kasih Jon Bon Jovi dan pasukannya kerana membantu seorang wanita di jambatan pada malam Selasa. Usaha Bon Jovi selayaknya dicontohi masyarakat "Bon Jovi berjaya meyakinkan wanita itu untuk turun dari tebing jabatan dengan selamat," katanya menerusi ciapan di aplikasi X. Dalam pada itu, pihak polis turut berharap kebaikan yang dilakukan Bon Jovi dapat dicontohi oleh masyarakat. "Apa yang dilakukan Jon pada hari ini sepatutnya dicontohi orang lain. Kita semua perlu berkerjasama untuk tolong satu sama lain," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Jon Bon Jovi sahkan anaknya sudah kahwin Millie Bobby Brown ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Strangers Things’ Millie Bobby Brown bertunang dengan anak Bon Jovi, dikritik terlalu muda untuk kahwin Bon Jovi dilaporkan berada di kawasan tersebut bagi menjalani pengambaran muzik video sebelum ternampak kelibat seorang wanita memanjat pagar jambatan. Menerusi video yang tular, pelantun lagu It's My Life itu dilihat menghampiri wanita berkenaan dan bercakap dengannya. Tidak lama selepas itu, Bon Jovi menarik tangan wanita itu dan membantunya melangkah melepasi pagar jambatan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!