suria

Bakal timang anak kedua Disember depan, Nikita Willy tetap pilih bersalin di Amerika

Nikita akan melahirkan anak keduanya di Amerika.

PELAKON Nikita Willy tetap memilih melahirkan anak keduanya di Amerika Syarikat pada bulan Disember depan.

Perkara itu didedahkan oleh adik perempuannya iaitu Winona Willy, 26, menerusi perkongsian di Instastory miliknya pada Rabu.

Winona menerusi hantaran sama turut meluahkan rasa rindu terhadap anak saudaranya iaitu Issa Xander Djokosoetono yang bakal berangkat ke Amerika dalam masa terdekat.

Nikita akan melahirkan anak keduanya pada bulan Disember.

Nikita akan melahirkan anak keduanya pada bulan Disember.

"Aku akan merindui budak comel ini. Kepada sesiapa yang bertanya, kakak saya (Nikita) akan bersalin anak keduanya di Amerika.

"Saya tak boleh pergi bersama sebab saya juga akan bersalin tidak lama lagi dan kami terpaksa berpisah buat sementara," katanya.

Susulan itu, Winona meminta peminat mendoakan dia dan Nikita agar proses bersalin mereka dipermudah.

ARTIKEL BERKAITAN : Nikita Willy perlahankan karier selepas hamil anak kedua, belum fikir mahu bersalin di negara mana

ARTIKEL BERKAITAN : Empat bulan selepas keguguran, Nikita Willy hamil lagi... Sudah tahu jantina anak kedua

Winona dijangka melahirkan anaknya pada November depan.

Untuk rekod, Nikita atau Nikita Purnama Willy, 30, melahirkan Issa pada 8 April 2022 di Hospital Cedars-Sinai Medical Center, Los Angeles.

Walaupun tidak menetap di Amerika namun pelakon itu memilih bersalin di luar negara kerana ingin belajar lebih peka dalam menjadi ibu bapa lebih baik.

Pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan Indra Priawan pada 16 Oktober 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain