suria

Gosip Atta Halilintar kahwin 2 belum reda, Aurel tak berani tanya suami kebenarannya

Aurel tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan berkenaan gosip Atta (kanan) bakal berkahwin dua.

PERSONALITI media sosial Aurel Hermansyah tidak pernah bertanya tentang kebenaran di sebalik gosip mengatakan suaminya bakal berkahwin dengan pelakon Ria Ricis.

Aurel berkata, dia enggan membangkitkan perkara itu kepada Atta Halilintar kerana enggan bergaduh selain tidak percaya dengan gosip diperkatakan.

"Saya hanya mampu ketawa malah tidak akan bertanya tentang perkara yang saya tidak tahu kebenarannya.

aurel1 - 1

Aurel dan Atta tidak mahu melayan fitnah.

"Selagi saya tak nampak dengan mata sendiri, lebih baik diam sebab ia boleh menyebabkan pergaduhan pula di antara kami," katanya.

Sekiranya perkara diperkatakan itu fitnah, Aurel mahu pemfitnah dikenakan hukuman kerana berita disebarkan sudah menganggu rumah tangga mereka.

"Apa yang kami suami isteri tidak dapat terima apabila gosip-gosip yang berleluasa di media sosial mungkin akan diketahui oleh anak-anak satu hari nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar bengang muncul gosip mahu jadikan Ria Ricis isteri kedua... "Fitnah apa lagi ini?"

ARTIKEL BERKAITAN: Aurel Hermansyah disangka sedang mengandung, korset punca perut nampak buncit

"Takut mereka akan tanya saya dan Atta pernah melalui semua perkara ini? Itu saya membuatkan saya marah," ujarnya.

Sebelum ini, tular khabar angin mendakwa Atta bakal berkahwin dua.

Lebih mengejutkan, wanita yang dituduh bakal calon isteri keduanya adalah pelakon Ria Ricis yang kini sudah bergelar janda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain