suria

Hadir tonton perlawanan tenis, netizen ‘warning’ Ryu Jun Jeol jauhi Krystal f(x)

Timbul dakwaan Jun Yeol dan Krystal bercinta selepas tular foto menonton perlawanan tenis bersama.

NAMA pelakon Ryu Jun Yeol kembali menjadi buah mulut apabila dia dilihat hadir ke Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat bersama penyanyi Krystal f(x).

Video dan foto kedua-dua artis terkenal itu mula tular di media sosial yang dilihat mesra sehingga menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan netizen.

Malah menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen meminta Krystal, 30 menjauhkan diri daripada Jun Yeol, 38, jika tidak mahu sebarang masalah.

Peminat juga berdoa agar kedua-dua mereka bukan pasangan kekasih sebaliknya hanya teman biasa.

size NP 1 - 2024-09-11T124426.108

Jun Yeol dan Krystal menonton perlawanan tenis bersama.

"Tak berbaloi Krystal! Jauhi lelaki yang tak boleh mengaku hubungannya atau berjuang untuk awak.

"Saya percaya awak Krystal! Lari daripadanya sekarang juga!," komen netizen.

Kejohanan yang diadakan di Pusat Tenis Kebangsaan Billie Jean King di New York pada Isnin lalu turut dihadiri penyanyi Taylor Swift dan teman lelakinya iaitu Travis Kelce.

ARTIKEL BERKAITAN: Krystal Tidak Mahu Kembali Pada Bekas Kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak tahan tekanan, Han So Hee dan Ryun Jun Yeol berpisah

Pada Mac lalu, nama Jun Yeol bertukar panas apabila hubungannya dengan aktres Han So Hee berakhir dengan perpisahan selepas dua minggu percintaan mereka dihidu peminat.

Paparazi berjaya merakam foto mereka sedang bercuti di Hawaii sebelum So Hee tampil mengesahkan perkara itu.

Jelasnya, mereka bertemu ketika menghadiri acara pameran fotografi tahun lalu namun mula rapat awal tahun ini.

553 (19)

Jun Yeol dan So Hee sudah berpisah kerana tidak tahan tekanan daripada peminat.

Insiden itu bertukar kecoh apabila Jun Yeol 'menikus' dan langsung tidak mempertahankan kenyataan So Hee.

Pengakuan tersebut juga sekali gus menolak dakwaan kononnya dia menjadi orang ketiga menyebabkan hubungan Jun Yeol dan bekas kekasihnya iaitu pelakon Hyeri putus.

Jun Yeol dan Hyeri sudah menjalinkan hubungan cinta sejak tujuh tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain