suria

Baim Wong mengaku jarang balik rumah, jawab gosip sedang berdepan masalah rumah tangga

Baim minta doakan rumah tangganya.

KETIKA kecoh kononnya rumah tangga sedang berdepan masalah, pelakon Baim Wong mengakui dia dan isteri iaitu Paula Verhoeven turut melalui fasa sama seperti orang lain.

Baim atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim, 43, bagaimanapun enggan mengulas mengenai gosip bakal berpisah namun meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk perkahwinan mereka.

photo_2024-09-13_16-26-21

Baim kini jarang pulang ke rumah.

"Kalau mengenai perkara itu... doakanlah yang terbaik.

"Tipu kalau orang cakap tiada masalah dalam rumah tangga mereka," katanya dalam satu rakaman podcast.

ARTIKEL BERKAITAN : Gagal tamatkan pelajaran, penghinaan bapa sendiri terpahat dalam ingatan Baim Wong

ARTIKEL BERKAITAN : Rumah tangga Baim Wong didakwa sedang bergolak, tidak lagi tinggal bersama isteri dan anak-anak

Dalam pada itu, Baim turut mengakui sudah jarang pulang ke rumah dan sering tidur di pejabat.

Untuk rekod, Baim dan isteri iaitu Paula Verhoeven telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2018.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan