suria

Jennifer Lopez dan Ben Affleck didakwa kembali bersama, luang masa makan dengan anak-anak di hotel

Ben dan Jennifer berjumpa secara umum buat kali pertama sejak kes cerai mereka.

PENYANYI Jennifer Lopez dan pelakon Ben Affleck dilaporkan sudah kembali bersatu di tengah-tengah kontroversi perceraian mereka.

Ini merupakan kali pertama mereka dilihat bersama secara umum sejak Jennifer, 55, memfailkan perceraian terhadap Ben, 52.

Pasangan itu dilihat sedang makan tengah hari bersama anak-anak mereka di Hotel Beverly Hills, Amerika Syarikat pada Sabtu.

size NP 1 - 2024-09-15T120545.438

Ben dan Jennifer luang masa bersama anak-anak di hotel.

Menurut sumber portal Page Six, dia melihat Jennifer dan Ben bermesra di hotel berkenaan dan duduk di meja berasingan dengan anak-anak.

"Ben dan Jennifer kini berada di Polo Lounge di Hotel Beverly Hills sambil berpegangan tangan dan berciuman.

"Anak-anak ada bersama mereka, tetapi di meja yang berasingan.” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan lagi khabar angin, Jennifer Lopez fail cerai selepas 2 tahun kahwin Ben Affleck

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan gaya hidup glamor isteri didakwa jadi punca hubungan Ben Affleck dan Jennifer Lopez mula renggang

Malah, terdapat rakaman pasangan itu berbual-bual di dalam kereta yang diletakkan di luar bangunan.

Tidak terhenti disitu, Jennifer juga dilihat Kembali memakai cincin pertunangan dan perkahwinan di jarinya.

Sebelum ini pada 20 Ogos, Jennifer memfailkan cerai terhadap Ben dan turut menyenaraikan tarikh perpisahan mereka pada 26 April lalu.

size NP 1 - 2024-09-15T120841.697

Ben dan Jennifer dilihat mesra ketika bertemu.

Untuk rekod, Jennifer dan Ben mendirikan rumah tangga pada tahun 2022 selepas setahun kembali bercinta.

Pasangan ini juga pernah menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun 2000 sebelum membatalkan perkahwinan pada tahun 2003.

Ia perkahwinan keempat untuk Jennifer dan yang kedua Ben.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain