PENYANYI Mahalini bertindak membuat laporan polis selepas seorang individu menyebar fitnah kononnya dia bersikap curang dengan rakan sekerjanya. Mahalini memberitahu dia membuat laporan tersebut selepas individu tersebut tidak membalas mesej yang dihantar menerusi media sosial miliknya. Katanya, dia bersedia bersemuka dengan individu tersebut selain mahukan bukti atas semua dakwaan mengatakan dia bersikap curang dibelakang suaminya iaitu penyanyi Rizky Febian. Mahalini tegaskan hubungan dia dengan Rizky masih baik. "DM (direct message) tidak berbalas, malah tutup komen. Kalau dia berani, tunjukkan bukti. "Saya sendiri pun nak tengok apa bukti yang dia ada sehingga berani membuat tuduhan saya curang," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam rakam semula lagu Acha Septriasa, Mahalini terfikir untuk bersara menyanyi ARTIKEL BERKAITAN: Mahalini dah jumpa cara mudah kejut Rizky Febian bangun tidur, selalu bebel kerana leka main game Dalam pada itu, Mahalini memberitahu berita palsu yang disebarkan turut memberi kesan kepada kariernya sebagai seorang selebriti. "Saya tak suka dengan perkara sebegini sebab ia menimbulkan pelbagai spekulasi lain dan sebab itu saya pilih untuk bersuara. "Pekerjaan saya juga terganggu... Sekarang saya cuba menjaga jarak dengan orang lain sebab bimbang akan ada pihak merakam dan cuba fitnah saya lagi," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!