suria

P. Diddy diletakkan dalam pengawasan ketat di penjara, ada kecenderungan bunuh diri

P. Diddy diberikan pemerhatian pengawasan bunuh diri.

SUSULAN ditahan di penjara atas tuduhan pemerdagangan seks dan serangan seksual, mogul muzik terkenal P. Diddy diletakkan dalam pengawasan ketat di Pusat Tahanan Metropolitan (MDS) di Brooklyn, Amerika Syarikat (AS).

People melaporkan pengawasan itu dilakukan sebagai tindakan pencegahan kerana bimbang dengan keadaan Diddy yang berpotensi mengambil nyawanya sendiri selepas keadaan mentalnya tidak stabil akibat kes tersebut.

Menurut Institut Jabatan Kehakiman AS, pengawasan itu dilakukan bagi tertuduh yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri dan perlu diberikan lebih perhatian.

Sewaktu perbicaraan di mahkamah, peguam yang mewakili Diddy iaitu Marc Agnifilo memohon agar hakim memindahkan mogul Hip Hop tersebut ke penjara di Essex Country di New Jersey, namun keputusan itu diserahkan kepada Biro Penjara.

diddy1 - 1

Mahkamah Persekutuan New York menolak permohonan ikat jamin terhadap Diddy.

MDC menempatkan seramai 1,600 banduan yang kebanyakannya sedang menunggu untuk dibicarakan.

Penjara itu dikenali sebagai tempat berbahaya kerana kekurangan pekerja pemantauan dengan jumlah kematian dan bunuh diri yang tinggi.

Sebelum itu, Marc memohon agar Diddy diberikan ikat jamin dan menulis usul menyatakan beberapa mahkamah di daerah berkenaan telah mengiktiraf bahwa syarat di Pusat Tahanan Metropolitan tidak sesuai untuk tahanan yang sedang menunggu perbicaraan.

"Awal musim panas ini, seorang banduan terbunuh. Sekurang-kurangnya empat banduan mati akibat bunuh diri dalam tempoh tiga tahun lalu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy ditahan polis atas tuduhan pemerdagangan seks dan serangan seksual

ARTIKEL BERKAITAN: Polis jumpa 1,000 botol 'baby oil' di rumah P. Diddy, hakim tolak ikat jamin RM213 juta

Pada 16 September lalu, P. Diddy dilaporkan ditahan pihak polis di sebuah hotel di Manhattan, Amerika Syarikat.

Mahkamah Persekutuan New York menolak permohonan ikat jamin terhadap Diddy sebaliknya memerintahkan penyanyi berusia 55 tahun itu ditahan di penjara sementara menanti perbicaraan kes tersebut.

Sebelum ini, nama Diddy menjadi hangat apabila dikaitkan dengan skandal 'Freak Off' yang didakwa memperdaya wanita untuk terlibat dalam aktiviti seksual.

diddy2 - 1

Diddy mengaku tidak bersalah atas kesalahan pemerdagangan seks dan serangan seksual.

Diddy dikatakan merakam setiap perbuatan tersebut bagi menutup mulut mangsa supaya tidak mendedahkan aktiviti tidak bermoral tersebut secara terbuka.

Skandal tersebut menjadi tumpuan ramai apabila ia turut mengaitkan ramai selebriti terkenal lain yang ada di antara mereka turut menjadi mangsa kerasukan nafsu Diddy.

Malah beberapa penyanyi rap lelaki seperti Meek Mill, Usher, Rick Ross dan beberapa nama lain turut dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Diddy.

Mereka didakwa melakukan hubungan seks dengan Diddy sebagai cara untuk mengecap populariti sebagai artis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain