suria

Alia Bhatt kagum gerakan tarian Aishwarya Rai, sumber rujukan utama sebelum masuk set penggambaran

Alia terinspirasi melihat gaya Ashwarya ketika berlakon.

PELAKON Alia Bhatt menjadikan aktres Ashwarya Rai Bachan sebagai sumber rujukan utama setiap kali perlu melakukan babak tarian dalam filem lakonannya.

Alia, 32, berkata, dia sanggup menonton kesemua video tarian Aishwarya semata-mata mahu meniru gerak langkah dan ekspresi wajah pelakon tersebut.

"Setiap kali ada babak yang memerlukan saya menari dan menyanyi, saya pasti akan buka YouTube dan cari video lagu Aishwarya Rai.

Copy of Untitled - 2024-09-20T142926.873

Alia menyifatkan Ashwarya sebagai pelakon berbakat besar.

"Saya akan menonton semua videonya untuk belajar ekspresi dan cara dia bergerak.

"Dia kelihatan cukup tenang dan jadi diri sendiri tapi pada masa sama kelihatan sempurna," katanya.

Alia turut menyifatkan Aishwarya sebagai pelakon berbakat besar yang mampu menjiwai karakter dengan cukup baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Cantiknya Alia Bhatt di Met Gala 2024, pereka fesyen ambil masa hampir 2000 jam untuk siapkan sari sepanjang 7 meter

ARTIKEL BERKAITAN: Aishwarya Rai puji Alia Bhatt, katanya pandai cari peluang keemasan

Jelasnya, tiada siapa yang mampu menandingi kecantikan Ashwarya sehingga kini.

"Bagi saya pelakon yang paling menjiwai tarian dengan sangat indah, saya hanya boleh fikirkan Ashwarya Rai sahaja.

"Kecantikan dia sangat mempersonakan. Melihat dia banyak memberikan saya inspirasi," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain