suria

Nikita Mirzani hantar Lolly ke pusat pemulihan wanita, berazam sumbat kekasih anak dalam penjara

size NP 1 - 2024-09-20T173048.044

SELEPAS kekecohan mengheret anaknya keluar dari rumah sewa, selebriti sensasi Nikita Mirzani tidak membawa pulang Lolly ke rumah.

Sebaliknya Nikita, 38, menghantar Lolly ke sebuah pusat pemulihan wanita iaitu Pusat Pemerkasaan Wanita (UPT PPA) di Jakarta pada malam Khamis.

Nikita membuat keputusan itu sejurus selepas Lolly selesai menjalani pemeriksaan kesihatan selepas dia didakwa di rogol teman lelakinya dan pernah menggugurkan kandungan sebanyak dua kali.

size NP 1 - 2024-09-20T172939.577

Nikita tak bawa Lolly pulang ke rumah.

UPT PPA kini diamanahkan untuk menjaga Lolly sehingga keputusan pemeriksaan tersebut diperoleh.

Jelas Nikita, keputusan menempatkan Lolly di pusat itu adalah demi kebaikannya selain tempat itu lengkap dengan pelbagai aktiviti pemulihan.

Sementara itu, Nikita memberitahu dia akan memastikan kekasih Lolly iaitu Vadel Badijeh akan menerima hukuman setimpal atas perbuatannya terhadap anak perempuannya.

Malah kata Nikita, dia akan memastikan Vadel meringkuk di dalam penjara.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani buat laporan polis, dakwa kekasih anak rogol dan paksa gugur kandungan

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani akhirnya mengalah, seret anak keluar dari rumah sewa... Kekasih Lolly pula diburu polis

"Saya hanya boleh katakan untuk Vadel dan keluarganya, saya akan pastikan dia masuk penjara. Saya beri jaminan itu.

"Dia perlu berdepan dengan saya secepat mungkin. Saya sudah penat dan letih," katanya.

Pada petang Khamis, Nikita bertindak menyerbu apartmen sewa milik Lolly di Jakarta dan mengheretnya keluar.

Tindakan Nikita itu bagi membawa Lolly pulang selepas membuat laporan polis terhadap Vadel.

size NP 1 - 2024-09-20T173048.044

Nikita serbu apartmen Lolly pada petang Khamis.

Nikita membuat laporan polis terhadap Vadel atas dakwaan lelaki itu merogol Lolly sehingga hamil dan memaksa gadis itu menggugurkan kandungan sebanyak dua kali.

Vadel ketika ini dipercayai sudah melarikan diri dan pihak berkuasa sedang menjejakinya bagi membantu siasatan.

Untuk rekod, Lolly atau Laura Meizani Nasseru Asry adalah anak hasil perkahwinan pertama selebriti sensasi itu dengan Aizawa Nasseru pada 2006.

Sejak dua tahun lalu, hubungan dua beranak ini sering bermasalah sehingga Nikita nekad membuang Lolly dan enggan ada kaitan dengannya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain