suria

Tiada bukti kukuh, siasatan kes Yoo Ah In cabul lelaki digugurkan

Yoo Ah In tenang berdepan dakwaan cabul lelaki.

PELAKON Yoo Ah In mampu menarik nafas lega apabila siasatan terhadap dakwaan dia melakukan serangan seksual terhadap seorang lelaki sebelum ini digugurkan.

Wakil Balai Polis Yongsan di Seoul memaklumkan siasatan dihentikan selepas tiada bukti kukuh untuk pihak berkuasa membawa kes tersebut ke mahkamah.

Malah pihak polis juga tidak akan membuka kembali kertas siasatan kes tersebut pada masa akan datang.

Ah In terlepas dakwaan cabul lelaki.

Laporan berhubung kes tersebut dibuat terhadap Ah In pada Julai lalu oleh lelaki berkenaan yang mendakwa dia dicabul aktor tersebut ketika sedang tidur.

Kejadian itu didakwa berlaku di sebuah studio.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum reda kes dadah, Yoo Ah In didakwa cabul lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Beri dos berlebihan kepada Yoo Ah In, doktor didenda RM131,000 langgar etika perubatan

Ah In sebelum ini menafikan dakwaan tersebut malah memberi kerjasama baik dengan hadir ke balai polis bagi membantu siasatan.

Sementara itu dalam kes berasingan, aktor popular itu bakal menjalani hukuman penjara selama setahun atas kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah.

Februari tahun lalu, Ah In ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon atas dakwaan penyalahgunaan dadah seperti ganja, kokain, ketamin dan propofol.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain