suria

Nikita Mirzani akhirnya mengalah, seret anak keluar dari rumah sewa... Kekasih Lolly pula diburu polis

Lolly berkeras enggan mengikut ibunya ketika serbuan.

SELEBRITI sensasi Nikita Mirzani bertindak menyerbu apartmen sewa milik anak perempuannya iaitu Lolly di Jakarta pada petang Khamis.

Tindakan Nikita itu bagi membawa Lolly pulang selepas membuat laporan polis terhadap teman lelakinya iaitu Vadel Badijeh.

Tidak datang sendirian, Nikita sebaliknya ditemani sahabat baiknya iaitu Oky Pratama dan segerombolan lelaki bagi menyelamatkan Lolly.

Bagaimanapun kehadiran Nikita menimbulkan rasa kurang senang remaja 16 tahun itu sehingga dia cuba mengusir dan melemparkan kata-kata kesat kepada ibunya.

Copy of Untitled - 2024-09-20T113803.831

Lolly didukung beramai-ramai masuk ke dalam kereta.

Lolly dalam rayuannya memberitahu dia tidak mahu pulang ke rumah Nikita sebab bimbang akan dibelasah selebriti itu.

Remaja itu dilihat menjerit minta dilepaskan apabila beberapa lelaki cuba mengheretnya keluar dari apartment tersebut.

Masih berkeras tidak mahu mengikut ibunya, Lolly terpaksa didukung beramai-ramai dalam keadaan meronta-ronta masuk ke dalam kereta.

Keadaan tidak terkawal itu dirakam secara langsung menerusi akaun TikTok milik pembantu peribadi Nikita.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani buat laporan polis, dakwa kekasih anak rogol dan paksa gugur kandungan

ARTIKEL BERKAITAN: Buka aib Lolly hamil luar nikah, pakar psikologi bimbang kesihatan mental anak Nikita Mirzani

Sementara itu, reaksi tenang Nikita sepanjang proses menyelamatkan anaknya itu mencuri perhatian netizen.

Mana tidaknya, Nikita dilihat hanya diam membisu dan langsung tidak menunjukkan kemarahan ketika dimaki hamun Lolly.

Nikita membuat laporan polis terhadap Vadel atas dakwaan lelaki itu merogol Lolly sehingga hamil dan memaksa gadis itu menggugurkan kandungan sebanyak dua kali.

Vadel ketika ini dipercayai sudah melarikan diri dan pihak berkuasa sedang menjejakinya bagi membantu siasatan.

553 (16)

Nikita membuat laporan polis terhadap Vadel atas tuduhan merogol Lolly.

Manakala Lolly pula ditempatkan di sebuah hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut selepas mendakwa tidak pernah dirogol Vadel atau menggugurkan kandungan.

Untuk rekod, Lolly atau Laura Meizani Nasseru Asry adalah anak hasil perkahwinan pertama selebriti sensasi itu dengan Aizawa Nasseru pada 2006.

Sejak dua tahun lalu, hubungan dua beranak ini sering bermasalah sehingga Nikita nekad membuang Lolly dan enggan ada kaitan dengannya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain