suria

12 individu fitnah Azizah Salsha curang dipanggil polis, mahu pesalah terima hukuman setimpal

Azizah buat laporan terhadap 12 akaun media sosial.

PEMPENGARUH media sosial Azizah Salsha membuat laporan polis terhadap 12 akaun media sosial yang didakwa menyebarkan berita palsu tentang dirinya.

Azizah, 21, membuat laporan tersebut selepas dituduh berlaku curang terhadap suaminya yang juga pemain bola sepak Prathama Arhan.

Peguamnya iaitu Ega Marthadinata berkata, pihak polis sudah pun memanggil beberapa pemilik akaun media sosial tersebut bagi membantu siasatan pada 17 September lalu.

"Terdapat 12 akaun yang kami jumpa dan beberapa daripada mereka sudah pun dipanggil bagi membantu siasatan," katanya.

AZIZAH MAHU BALASAN YANG SETIMPAL.

Sementara itu, beberapa individu juga sudah bertemu secara bersemuka dengan Azizah bagi memohon maaf atas fitnah yang dibuat terhadapnya.

Bagaimanapun kata Ega, walaupun menerima permohonan maaf dibuat namun pihaknya tidak akan menarik balik laporan polis terhadap mereka.

"Beberapa pemilik profil berkenaan sudah pun memohon maaf tapi itu bukan bererti kami akan menarik balik laporan polis.

"Sebaliknya kami mahu pihak berkuasa yang menentukan hukuman ke atas mereka," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Suami tunai umrah, Azizah Salsha lakukan terjunan udara di Dubai... Netizen sakit mata tengok dipeluk lelaki lain

ARTIKEL BERKAITAN : Video joget bersama Hotman Paris tersebar, netizen bengang suami tetap pertahan Azizah Salsha

Sebelum ini kecoh mengenai Azizah didakwa berselingkuh dengan Salim Nauderer yang juga kekasih pempengaruh Rachel Vennya.

Bagaimanapun Azizah menyangkal tuduhan tersebut dan memberitahu perkahwinannya dengan Pratama berada dalam keadaan baik.

Untuk rekod, Azizah dan Pratama mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain