MAHKAMAH Persekutuan New York menolak permohonan ikat jamin terhadap mogul Hip Hop P. Diddy yang berdepan tuduhan terbabit dalam aktiviti pemerdagangan seks dan serangan seksual. Hakim sebaliknya memerintahkan penyanyi berusia 55 tahun itu ditahan di penjara sementara menanti perbicaraan kes tersebut. Peguam Diddy, Marc Agnifilo ketika ditemui pemberita memberitahu pihaknya sebelum itu mencadangkan wang ikat jamin sebanyak AS$50 juta atau RM213 juta. Mahkamah menolak permohonan ikat jamin Diddy. Marc turut berjanji akan menyerahkan pasport antarabangsa anak guamnya selain meletakkan mogul Hip Hop itu dalam tahanan rumah. Jelasnya, Diddy bukan sahaja belum didapati bersalah malah dia bukan ancaman kepada orang ramai jika dibebaskan dengan ikat jamin. Hakim bagaimanapun menolak kesemua permohonan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy ditahan polis atas tuduhan pemerdagangan seks dan serangan seksual ARTIKEL BERKAITAN: Video P. Diddy bertuala ‘kerjakan’ kekasih di hotel tersebar, bukti pernah lakukan keganasan Diddy atau Sean John Combs ditahan pihak polis pada Isnin lalu di sebuah hotel di Manhanttan, New York. Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa yang menyerbu kediaman mewah Diddy berjaya menemui lebih 1,000 botol 'baby oil' dan minyak pelincir dipercayai bagi kegunaan ketika mengadakan parti seks. Selain itu, pihak polis juga merampas beberapa peralatan lain termasuk komputer riba yang dipercayai mempunyai rakaman video seksnya bersama mangsa. Nama Diddy kini dalam pemerhatian ramai. Nama Diddy bertukar hangat apabila dia dikaitkan dengan skandal 'Freak Off' yang didakwa memperdaya wanita untuk terlibat dalam aktiviti seksual. Diddy dikatakan merakam setiap perbuatan tersebut bagi menutup mulut mangsa supaya tidak mendedahkan aktiviti tidak bermoral tersebut secara terbuka. Skandal tersebut menjadi tumpuan ramai apabila ia turut mengaitkan ramai selebriti terkenal lain yang ada di antara mereka turut menjadi mangsa kerasukan nafsu Diddy. Malah beberapa penyanyi rap lelaki seperti Meek Mill, Usher, Rick Ross dan beberapa nama lain turut dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Diddy. Mereka didakwa melakukan hubungan seks dengan Diddy sebagai cara untuk mengecap populariti sebagai artis. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!