GARA-GARA menyahut cabaran menutup rambut dengan menggunakan kain, pelakon wanita Running Man iaitu Song Ji Hyo mencuri perhatian netizen khususnya peminat dari Malaysia. Rata-ratanya memuji Ji Hyo nampak comel dan cantik apabila mengayakan kain berwarna putih dengan melilitnya seperti memakai tudung. Ji Hyo dapat pujian netizen Malaysia, ramai suka dia pakai tudung? Difahamkan aksi itu dirakam ketika Ji Hyo diminta menyahut satu cabaran yang memaksanya menutup rambut demi mengelakkan daripada terkena air. "Cantik pula dia pakai kain macam tu, elok terletak je. ARTIKEL BERKAITAN: Gagal bayar tuntutan gaji, Song Ji Hyo saman syarikat pengurusan ARTIKEL BERKAITAN: Kecekapan Song Ji Hyo guna bahasa isyarat sapa peminat OKU di Malaysia buat ramai kagum - “Tak ada boleh lawan keramahan dia” "Cantik dia pakai hijab kan. "Pandai pula dia belit macam shawl tu ya," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!