SELEPAS dua tahun menyulam cinta, penyanyi Charlie Puth akhirnya mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya iaitu Brooke Sansone pada 7 September lalu. Charlie, 32, memberitahu dia akan menyayangi Brooke dengan sepenuh hati dan mengucapkan terima kasih kerana wanita itu dapat menjadikan dirinya sebagai lelaki paling bahagia. "Saya sayang awak Brooke, saya akan sentiasa berada di sisi awak. Saya berjanji akan menyayangi awak sepanjang hidup saya. Charlie menyayangi Brooke (kanan) sepenuh hati. "Brooke Ashley Sansone, sekarang awak akan menjadi Brooke Ashley Puth. Terima kasih kerana menjadikan saya lelaki paling bahagia di dunia," katanya. Charlie berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Rabu. Dalam perkongsian yang dibuat, Charlie memuat naik foto perkahwinan mereka yang diadakan secara tertutup di kediaman keluarga penyanyi berkenaan di Montecito, California, Amerika Syarikat. ARTIKEL BERKAITAN: Charlie Puth dapat ilham lagu semasa sedang hubungan seks... Mengagumi bentuk badan dan punggung sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Charlie Puth 'belanja' gambar bogel sebelum lancar album baharu Kata Charlie, perkahwinan bersama Brooke merupakan hari paling bermakna dalam hidupnya dan tidak menyangka dia kini dapat berdiri disebelah wanita itu sebagai pasangan pengantin. "Hari ini saya berdiri di hadapan awak Brooke, hari yang paling bermakna selama 32 tahun saya hidup. "Ada beberapa perkara yang tidak dapat saya jangkakan tetapi entah bagaimana saya seolah-olah tahu akan berdiri dengan awak di sini (kahwin)," ujarnya. Untuk info, Charlie dan Brooke mula menjalin hubungan cinta pada Jun 2022 dan selepas setahun bersama, Charlie melamar teman wanitanya itu pada 5 September tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!