PENYANYI rap P. Diddy dilaporkan ditahan pihak polis di sebuah hotel di Manhattan, Amerika Syarikat atas tuduhan pemerdagangan seks dan serangan seksual pada malam Isnin. Menerusi satu kenyataan oleh peguam Daerah Selatan New York iaitu Damian Williams, penangkapan itu dibuat susulan pendakwaan juri utama mendengar keterangan daripada saksi yang diterima beberapa bulan lalu. Bagaimanapun butiran lanjut berkenaan tuduhan tersebut masih belum didedahkan. "Kami dijangka akan mengemukakan dakwaan tersebut dan memberikan maklumat lanjut kelak," katanya. P. Daddy mahu membersihkan namanya di mahkamah. Dalam pada itu, peguam yang mewakili Diddy, Marc Agnifilo berkata dia menganggap keputusan yang dibuat oleh mahkamah ini adalah tidak adil terhadap anak guamnya. Berkongsi kepada Mirror, Marc memberitahu penyanyi lagu I'll Be Missing You itu tidak bersalah dan mahu membersihkan namanya di mahkamah. "Kami menganggap ia sebagai pendakwaan yang tidak adil terhadap Diddy. Diddy merupakan ikon muzik dan usahawan serta bapa penyayang yang menghabiskan 30 tahun untuk membina empayar sendiri. "Dia adalah manusia yang tidak sempurna tetapi dia bukan penjenayah. Diddy tidak pernah enggan memberikan kerjasama dalam siasatan ini dan dia juga sanggup berpindah ke New York pada minggu lalu untuk menghadapi pertuduhan ini. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hantar video lucah kepada pekerja bawah umur, Kanye West gelar mereka hamba abdi ARTIKEL BERKAITAN: Kanye West naik pesawat kelas ekonomi, pakai jubah mandi sepanjang penerbangan "Ini merupakan tindakan seorang lelaki yang tidak bersalah, tidak ada apa yang disembunyikan oleh Diddy. Dia berharap dapat membersihkan namanya di mahkamah," ujarnya. Sebelum ini, Diddy menjadi sasaran selepas dikenakan tindakan undang-undang sivil ke atasnya dengan dakwaan penyanyi berkenaan mengamalkan seks ganas, menggunakan alkohol dan dadah untuk menundukkan mangsa. Pada Mac lalu, dua buah kediaman milik Diddy dilaporkan digeledah pihak berkuasa selepas terkait dengan kontroversi pemerdagangan seks. P. Daddy ditahan bersama anak lelakinya. Sewaktu serbuan dibuat, dua anak lelaki penyanyi tersebut ditahan iaitu Justin dan King Combs. Kedua-dua anak Diddy digari di luar kediaman bapa mereka di Los Angeles, Amerika Syarikat bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. Suspek dilaporkan diiringi oleh ejen bersenjata yang kelihatan sedang menyoal siasat. Bagaimanapun penglibatan mereka dalam skandal penyanyi tersebut masih lagi belum disahkan oleh pihak berkuasa. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!