suria

Panas baran, maki hamun kru... YouTuber dedah sikap sebenar Jason Momoa di lokasi penggambaran

Vilkyrae terkejut melihat sikap panas baran yang ditunjukkan Jason.

PELAKON Jason Momoa didakwa bersikap panas baran dan kurang ajar terhadap kru produksi ketika pengambaran filem Minecraft.

Perkara ini didedahkan YouTuber Valkryrae yang turut sama terlibat dalam filem tersebut.

Katanya, dia terkejut dan berasa kurang senang melihat tindakan Jason memaki hamun kru produksi kerana kesilapan teknikal.

Jason didakwa bersikap panas baran dengan kru produksi filem

Netizen berpihak kepada Jason dan menyelar kenyataan Vilkyrae.

"Saya ada buat cameo dan filem Minecraft, sejujurnya pengalaman saya berkerja dengan Jason Momoa sangat teruk.

"Saya tak tahu sekiranya dia masih dalam karakter atau tidak, tetapi cara dia marah dan layan kru sangat teruk.

"Dia menjerit ke arah mereka hanya disebabkan kesalahan kecil berkenaan kamera sahaja. Reaksi dia macam perkara itu adalah masalah besar," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas cerai, Jason Momoa tinggal di jalanan... Selama ini menumpang rumah bekas isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Jason Momoa pernah bercita-cita jadi ahli politik, mahu selamatkan bumi

Dalam pada itu, Valkyrae turut menyifatkan keadaan di set pengambaran yang toksik membuatkan dia berasa kurang selesa sepanjang berlakon.

Bagaiamanapun, netizen di media sosial menyelar kenyataan Valkyrae dan menganggap YouTuber itu terlalu cepat menghakimi Jason tanpa mengetahui perkara sebenar.

Jason memegang watak sebagai The Garbage Man dalam filem Minecraft yang bakal ditayangkan pada 2025 nanti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain