PELAKON Esha Deol mengakui dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mengikuti norma konservatif penuh adat budaya serta agama. Menerusi temu bual bersama Hauterrfly, Esha memberitahu sejak dibangku sekolah lagi dia sudah didedahkan tentang perkara-perkara yang yang tidak boleh dilakukan oleh seorang wanita. Esha hanya mengikuti ajaran yang disampaikan sewaktu di sekolah. Kata Esha, dia memperoleh ilmu berkenaan ketika mempelajari pendidikan seks yang dirasakan sangat penting untuk difahami oleh seorang wanita. "Saya belajar tentang haid ketika mempelajari pendidikan seks di sekolah. Pelajar dididik dengan baik dan ia adalah pendidikan yang sangat penting kerana ada segelintir ibu bapa yang berasa tidak selesa dan segan untuk membincangkan isu ini dengan anak-anak. ARTIKEL BERKAITAN: Jenama kosmetik Paris ingin lamar Esha Deol ARTIKEL BERKAITAN: Salman Khan jadi sasaran bunuh kumpulan gangster, beli kenderaan kalis peluru demi keselamatan "Kami tidak dibenarkan ke kuil dan berdoa (sewaktu haid). Bila dah habis haid boleh basuh rambut dan selepas itu barulah boleh bersembahyang," katanya. Dalam pada itu, Esha memberitahu dia hanya mengikuti kepercayaan tersebut kerana menghormati agama dan ajaran yang telah disampaikan. "Itu hanya cara ortodoks dan saya hanya mengikutinya. Saya menghormatinya jika itu adalah sebahagian daripada adat budaya kami," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!