PELAKON Oki Setiana Dewi membuat keputusan berpindah ke Mesir dan memilih Universiti Al Azhar bagi melanjutkan pelajaran selama empat tahun. Selain Oki, 35, dia turut membawa ibu dan tiga orang anaknya untuk menetap bersama di sana. Manakala anak bongsunya iaitu Sulaiman berada di Indonesia bersama suami. Suami izinkan Oki sambung pengajian di Mesir. Sementara itu, suami Oki iaitu Ory Vitrio pada awalnya tidak bersetuju dengan pilihan tempat pengajian isterinya itu. Namun Oki berjaya memujuk Ory dengan menjelaskan Mesir adalah tempat paling sesuai jika benar-benar mahu dalami agama. “Suami saya menolak pada mulanya, sebab namanya pun Mesir di padang pasir, banyak habuk dan panas, jadi dia risau. “Tapi saya kata kalau nak belajar agama, pergilah ke Al Azhar, Mesir. ARTIKEL BERKAITAN: Suami Oki Setiana Dewi dakwa adik ipar tak disentuh punca fail cerai, Teuku Ryan pelik orang faham agama tergamak fitnah ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis mahu jalani pembedahan plastik, Oki Setiana Dewi diminta nasihat adik “Alhamdulillah, ini rezeki daripada Allah, akhirnya suami saya bersetuju untuk benarkan belajar di Mesir," jelasnya Bagaimanapun, Oki bercadang untuk sering pulang ke Indonesia jika berkesempatan. Keputusan ini menunjukkan Oki mahu mengimbangi keinginan peribadi dan pada masa sama keperluan keluarganya. Untuk rekod, Oki berkahwin dengan Ory pada 2014 dan dikurniakan empat orang cahaya mata Maryam Nusaibah Abdullah,10, Khadeejah Faatimah Abdullah, 8, Ibrahim Muhammad Abdullah, 7 dan Sulaiman Ali Abdullah, 4 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!