PENYANYI Miley Cyrus berdepan tindakan saman atas dakwaan meniru lagu popular nyanyian Brunor Mars berjudul When I Was Your Man. Tuntutan tersebut difailkan oleh Tempo Music Investment yang merupakan pemegang hak cipta terhadap lagu nyanyian Bruno itu. Dalam dokumen saman yang diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan Los Angeles, syarikat berkenaan mendakwa lagu Miley berjudul Flowers mempunyai banyak persamaan dengan karya Bruno yang diterbitkan pada tahun 2013. Miley menang anugerah pertama Grammy menerusi lagu Flowers. "Flowers meniru kebanyakan melodi lagu When I Was Your Man. Tidak dinafikan berdasarkan persamaan dua lagu ini, Flowers tidak akan wujud tanpa When I Was Your Man. "Peminat Bruno tahu bahawa Miley tidak akan berjaya dengan sendiri," jelas wakil syarikat berkenaan. Saman dibuat terhadap terhadap Miley, tiga orang penulis bersama selain syarikat Sony Music Publishing dan Apple. ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun jalin cinta, Charlie Puth akhirnya kahwin Brooke Sansone ARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy ditahan polis atas tuduhan pemerdagangan seks dan serangan seksual Dalam tuntutan berkenaan, Miley dilarang menyanyikan lagu tersebut secara terbuka dan larangan untuk mengedar atau menerbitkan semula. Flowers merupakan lagu ciptaan Miley bersama Gregory Aldae dan Michael Pollack yang dihasilkan pada tahun lalu. Karya tersebut juga melayakkan Miley mengungguli kategori Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik di Anugerah Grammy pada Februari lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!