suria

Amitabh Bachchan hampir pengsan, Michael Jackson tersilap ketuk pintu bilik hotel

Amitabh teruja dapat bertemu dengan Michael (kiri).

PELAKON veteran Amitabh Bachchan mengimbau kenangan hampir pengsan apabila penyanyi Michael Jackson tersalah mengetuk pintu bilik hotelnya di New York, Amerika Syarikat pada suatu ketika dulu.

Hindustan Times melaporkan, ketika pintu bilik Amitabh diketuk, pelakon Bollywood itu tidak menyangka individu yang berada dihadapannya adalah Michael.

Kata Amitabh, dia terkejut melihat Michael dan memuji keperibadian penyanyi berkenaan yang disifatkan sangat merendah diri.

Amitabh tidak menyangka Michael mengetuk pintu bilik hotelnya.

Amitabh tidak menyangka Michael mengetuk pintu bilik hotelnya.

"Ketika saya menginap di sebuah hotel di New York, saya terdengar bunyi ketukan pintu. Apabila saya membukanya, saya terpegun melihat Michael Jackson berdiri di luar.

"Saya hampir pengsan, tetapi berjaya kekal tenang. Saya memberi salam kepadanya dan dia bertanya sama ada ini bilik saya atau tidak.

"Apabila saya mengesahkannya, dia sedar tersilap datang ke bilik. Kami sempat duduk berbual dan dia seorang yang sangat merendah diri,” ceritanya.

Dalam pada itu, Amitabh memberitahu dia berdepan cabaran ketika mahu menonton persembahan Michael di Amerika.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Amitabh Bachchan diisytihar zon larangan, kini ditutup untuk kerja pembersihan

ARTIKEL BERKAITAN: Jus bawang rahsia rambut Jaya Bachchan lebat, bau busuk buat anak-anak tak tahan

Kongsi Amitabh, dengan usaha yang dilakukan dia akhirnya berjaya mendapat tempat untuk menyaksikan persembahan penyanyi popular tersebut.

"Selepas pelbagai usaha akhirnya kami berjaya juga mendapatkan tempat dan saya mendapat tempat duduk di belakang stadium untuk menyaksikan persembahannya.

"Nyanyian dan tariannya sangat luar biasa. Tenaga dia membuat persembahan juga sangat menakjubkan dengan tepukan gemuruh penonton.

"Bukan itu sahaja, apabila kami tiba di hotel, kami diberitahu bahawa tiada bilik tersedia kerana kesemua 350 bilik sudah ditempah oleh Michael dan pasukannya. ," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain