suria

Nikita Mirzani buat laporan polis, dakwa kekasih anak rogol dan paksa gugur kandungan

Nikita bertindak tegas melaporkan Vadel ke pihak polis.

SELEBRITI sensasi Nikita Mirzani bertindak membuat laporan polis terhadap teman lelaki anak perempuannya iaitu Vadel Badjideh pada Khamis lalu.

Nikita atau Nikita Mirzani Mawardi, 38, membuat tindakan tersebut atas dakwaan Vadel merogol anak perempuannya pada Januari lalu sehingga hamil.

Lolly yang masih bawah umur iaitu 16 tahun ketika kejadian turut dipaksa Vadel, 19, menggugurkan kandungannya.

Copy of Untitled - 2024-09-19T140629.283

Vadel memaksa Lolly menggugurkan kandungan ketika masih berusia 16 tahun.

Mengulas berkenaan tindakannya, Nikita berharap Vadel menerima hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

"Ya nak buat macam mana (harapnya Vadel) masuk terus ke penjara.

"Biar jadi pelajaran untuk anak-anak muda di luar sana juga. Kalau masih muda berperangai sesuai dengan usia," katanya.

Nikita turut membawa beberapa bukti antaranya foto dan mesej perbualan dipercayai di antara Vadel dan Lolly ketika hadir ke Balai Polis Metro Jakarta Selatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Buka aib Lolly hamil luar nikah, pakar psikologi bimbang kesihatan mental anak Nikita Mirzani

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan fitnah... Nikita Mirzani ‘back up’ PA bongkar rahsia anak pernah hamil luar nika

Bagaimanapun, Lolly tampil menyelar tindakan ibunya serta menafikan dakwaan dia telah hamil dan menggugurkan kandungan sebanyak dua kali.

Menerusi hantaran di Instastory, gadis itu mengakui mempunyai bukti kukuh daripada doktor bahawa dia tidak pernah hamil.

"Memang kalau ada dua garis selepas ujian itu tanda orang itu hamil? Kita lihat saja siapa yang masuk penjara.

"Suka hati saja, saya pun ada bukti. Kenyataan dari doktor dan gambar tapi tak perlu saya kongsi," ujarnya.

2880845

Krisis keluarga anak-beranak ini masih berlum bertemu titik noktah.

Sebelum ini, Nikita mengesahkan berita mendakwa Lolly pernah hamil sekali gus mengeruhkan lagi hubungan mereka yang sudah berantakan sebelum itu.

Malah Nikita bertindak membuang Lolly dan tidak lagi mengakui remaja itu sebagai anak kandungnya.

Untuk rekod, Lolly atau Laura Meizani Nasseru Asry adalah anak hasil perkahwinan pertama selebriti sensasi itu dengan Aizawa Nasseru pada 2006.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain