suria

Anggap isu hisap vape perkara kecil, peminat di Korea kesal dengan Jennie Blackpink 

Jennie dikecam kerana tak sensitif isu vape.

PEMINAT meluahkan rasa kesal terhadap penyanyi Jennie Blackpink yang dilihat seolah-olah tidak menyesal dengan perbuatannya menghisap rokok elektronik sebelum ini.

Tampil bersuara mengenai perkara tersebut menerusi temu bual bersama majalah Harper's Bazaar, Jennie dituduh memandang remeh dan tidak menjaga sensitiviti masyarakat di Korea.

Malah ramai merasakan kenyataannya yang merasakan insiden tersebut sebagai perkara kecil sebagai sombong apatah lagi dia mempunyai pengikut yang ramai.

"Mungkin dia rasa perbuatan itu sebagai kecil tetapi sedar tak impaknya kepada peminat yang mengidolakan Jennie?

jennie1 - 1

Jennie dikecam peminat kerana tak sensitif isu vape.

"Kenyataan dikeluarkan langsung tak sensitif dan seolah-olah memandang remeh tentang perkara tersebut," katanya.

Jennie menerusi temu bual tersebut memberitahu dia sedar tentang kesilapannya namun terkejut dengan reaksi masyarakat di Korea yang langsung tidak boleh menerima kesalahan dilakukan.

Bagaimanapun kata Jennie dia tahu mengapa peminat di Korea begitu memarahinya walaupun kejadian itu kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Murahnya hati Jennie Blackpink, bagi sumbangan RM350,000 untuk pelajar sekolah di Korea

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh geli naik kereta bukan jenama mewah, rupanya Jennie elak bentuk payudara terakam kamera

"Ia berkaitan dengan budaya, sejarah dan ia tentang masa dan saya tidak boleh menentangnya.

"Apa saya boleh lakukan adalah perbaiki diri apabila masyarakat di Korea merasakan apa saya lakukan itu adalah salah walaupun ia isu kecil," jelasnya.

Sebelum ini rakaman video Jennie sedang menghisap rokok elektronik atau vape di dalam kawasan tertutup menjadi perdebatan hebat dalam kalangan peminat.

Walaupun sudah meminta maaf namun ramai masih tidak berpuas hati dengannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain