TRANSFORMASI fesyen anggota kumpulan Blackpink iaitu Lisa menerima pujian netizen kerana disifatkan penampilannya lebih bergaya berbanding di awal kemunculannya. Menerusi sebuah komuniti online popular, netizen membandingkan gaya fesyen di awal kemunculan Lisa dengan penampilannya yang terkini. Ramai yang bersetuju bahawa penampilan Lisa sudah berubah secara ketara dan lebih bijak memilih fesyen yang sesuai. Netizen membuat perbandingan gaya Lisa dulu (kiri) dan sekarang (kanan). Sebelum ini, penyanyi lagu Rockstar itu dikatakan mempunyai gaya rambut dan solekan yang tidak kena serta pilihan pakaian yang dibuat tidak sesuai dengan penampilannya. Dalam pada itu, netizen turut berkongsi foto perbandingan memaparkan gaya Lisa dari zaman awalnya bersama Blacpink dengan imej terkini yang lebih bergaya. ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink dituduh plagiat MV Travis Scott, peminat dakwa perkara biasa ARTIKEL BERKAITAN: Idea rakam MV di ‘Chinatown’ cetus fenomena, PM Thailand puji Lisa Blackpink bantu peningkatan pelancong "Memang nampak perbezaan gaya Lisa dulu dan sekarang. Gambar lamanya fesyen yang digayakan agak ketinggalan zaman. "Saya setuju, imej Lisa sudah banyak berubah dari dulu hingga sekarang. Saya suka solekannya kini lebih cantik. "Gaya Lisa bertambah baik sejak dia menjadi duta untuk jenama-jenama mewah dari tahun 2019," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!