suria

Vadel Badjideh mahu kahwin anak Nikita Mirzani, nafi rogol dan paksa kekasih gugurkan kandungan

Vadel bersedia kahwini Lolly secepat mungkin.

KEKASIH anak selebriti sensasi Nikita Mirzani meluahkan hasrat mengahwini teman wanitanya walaupun remaja itu masih di bawah umur.

Vadel Badjideh, 19, percaya hubungannya dengan Lolly, 16, akan berakhir dengan perkahwinan walaupun hubungan mereka ditentang banyak pihak.

Malah kata Vadel, dia ikhlas mencintai Lolly dan hubungan mereka bukan sekadar 'cinta monyet'.

2920311

Vadel yakin dia tetap berjodohan bersama Lolly.

"Saya sangat mencintainya dan kami memang serius dalam hubungan.

"Jodoh tidak akan ke mana-mana, itu semua di tangan Allah. Beza benua pun boleh berkahwin, tiada apa yang mustahil," katanya.

Dalam pada itu, Vadel sedia melupakan semua persengketaan dan berdamai dengan Nikita demi membuktikan ketulusan mencintai anak selebriti sensasi itu.

"Kalau betul Nikita akan terima saya, insya-Allah saya akan usahakan. Saya dipihak yang benar dan saya akan buktikan," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani buat laporan polis, dakwa kekasih anak rogol dan paksa gugur kandungan

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani akhirnya mengalah, seret anak keluar dari rumah sewa... Kekasih Lolly pula diburu polis

Sementara itu, Vadel menyangkal dakwaan dia merogol Lolly sehingga hamil selain memaksa remaja itu menggugurkan kandungan.

Malah Vadel menyelar tuduhan kononnya dia melarikan diri selepas kecoh Lolly diheret keluar oleh ibunya dari rumah sewanya pada Khamis lalu.

Nikita sebelum ini membuat laporan polis terhadap Vadel atas dakwaan lelaki itu merogol Lolly sehingga hamil.

Vadel juga dituduh memaksa Lolly menggugurkan kandungan sebanyak dua kali.

Copy of Untitled - 2024-09-20T115213.723

Nikita mengheret Lolly keluar dari rumah sewanya.

Selepas diheret keluar dari rumah sewa, Nikita menghantar Lolly ke pusat pemulihan wanita selepas remaja itu melakukan pemeriksaan di hospital.

Untuk rekod, Lolly atau Laura Meizani Nasseru Asry adalah anak hasil perkahwinan pertama selebriti sensasi itu dengan Aizawa Nasseru pada 2006.

Sejak dua tahun lalu, hubungan dua beranak ini sering bermasalah sehingga Nikita nekad membuang Lolly dan enggan ada kaitan dengannya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain