suria

IU hantar hadiah kepada penduduk apartment sebelah lokasi konsert, mohon maaf jadi penyebab bunyi bising dan kesesakan lalu lintas

Tindakan IU mengejutkan penduduk di sekitar Stadium Piala Dunia Seoul.

PENYANYI dan pelakon IU bertindak menghantar hadiah kepada 4,000 rumah berhampiran Stadium Piala Dunia Seoul di Korea Selatan.

IU berbuat demikian sebagai tanda minta maaf kepada penduduk sekitar yang bakal berdepan dengan pencemaran bunyi serta kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut selama dua hari.

Ia susulan penganjuran konsert IU 2024 HEREH Encore: The Winning yang berlangsung pada 21 dan 22 September 2024.

iu1 - 1

IU memberi beg pelupusan sampah (kanan) kepada penduduk di sekitar stadium.

Allkpop melaporkan, IU memberi hadiah berupa barang keperluan rumah dan beg pelupusan sampai berserta mesej berharap penduduk di kawasan tersebut bersabar dengan bunyi bising dan kesesakan lalu lintas yang akan berlaku.

Penduduk di kawasan tersebut turut meluahkan rasa terharu dengan tindakan tersebut apatah lagi ini merupakan kali pertama berbuat demikian.

Malah menyifatkan tindakan IU itu sebagai bijak dan dapat melegakan hati penduduk yang akan tertekan setiap kali ada acara berlangsung di stadium tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian jadi kenyataan, datuk 76 tahun ‘flex’ foto bersama IU - "Saya terpaksa memeluknya kembali"

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Jong Suk dan IU didakwa sudah berpisah, peminat yakin belum putus hanya khabar angin

"Rumah saya sangat dekat dengan kawasan stadium dan ini kali pertama saya terima hadiah seperti ini," komen salah seorang penduduk.

Difahamkan, IU mengedarkan hadiah kepada penduduk di beberapa kompleks pangsapuri yang terletak di Mapo-gu, Seongsan-dong iaitu betul-betul bersebelahan Stadium Piala Dunia Seoul.

Umum mengetahui bahawa penduduk yang tinggal berhadapan kawasan stadium berdepan dengan bunyi bising pada malam hujung minggu disebabkan oleh acara sukan dan muzik yang sering diadakan di lokasi tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain