HUBUNGAN cinta di antara penyanyi Taylor Swift dan kekasihnya iaitu bintang NFL Travis Kelce dilaporkan sedang bergolak. Ia susulan kelibat Taylor tidak kelihatan menyaksikan dua perlawanan bola sepak Travis secara berturut-turut pada minggu lalu. Rata-rata peminat meluahkan kebimbangan memandangkan Taylor sebelum ini tidak pernah gagal hadir ke pertandingan Travis meskipun sibuk menjayakan konsert jelajahnya. Taylor sebelum ini tidak pernah gagal untuk hadir menyaksikan perlawanan Travis. Menurut laporan TMZ, pasangan itu masih lagi bercinta malah hubungan mereka tidak berdepan sebarang masalah. "Mereka masih bercinta dan tiada pergaduhan pun. Orang luar sepatutnya tenang dan tak perlu keluarkan gosip murahan sebegini. "Taylor sedang berehat dan membuat persiapan untuk konsertnya di Miami 18 Oktober ini," katanya. Dalam pada itu, video temu bual Travis pada 2016 pula kembali tular di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift dan Travis Kelce sedang ‘mabuk cinta’, rancang ada anak tahun depan ARTIKEL BERKAITAN: Pura-pura romantis depan kamera, netizen dakwa hubungan cinta Taylor Swift dan Travis Kelce hanya lakonan Menerusi video tersebut, Travis menegaskan dia tidak pernah mengharapkan kehadiran orang tersayang dalam setiap perlawanannya. "Kalau awak bercinta dengan seorang atlet professional, saya percaya yang awak tak perlu pergi semua pertandingan mereka. "Saya tak harapkan kawan-kawan mahupun keluarga saya datang tengok saya dalam setiap perlawanan," katanya. Pasangan ini dilaporkan menjalinkan hubungan cinta sejak September 2023 selepas berpisah dengan pelakon Joe Alwyn. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!