suria

Rajinikanth stabil selepas jalani pembedahan, penggambaran filem baharu terpaksa ditunda 

Rajinikanth kini stabil dan ditahan di wad selama tiga hari bagi menjalani pemantauan khas.

KESIHATAN pelakon tersohor Rajinikanth berada dalam keadaan baik selepas dimasukkan ke sebuah hospital di Chennai, India sejak Isnin lalu.

Rajinikanth atau Shivaji Rao Gaikwad, 74, dikejarkan ke hospital selepas aktor berkenaan mengadu sakit di bahagian perut.

Isterinya, Latha Rajinikanth berkata, suaminya itu berada dalam keadaan stabil selepas menjalani prosedur elektif oleh pakar kardiologi pada pagi Selasa.

size NP 1 - 2024-10-01T154538.554

Rajinikanth alami sakit di bahagian perut.

Latha memaklumkan pembedahan kecil itu dilakukan susulan suaminya pernah memasang sten di bahagian bawah perutnya.

Dalam perkembangan lain, sebelum kejadian, Rajinikanth sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbaharunya berjudul Coolie dan perlu berehat daripada melakukan sebarang babak aksi.

ARTIKEL BERKAITAN: Rajinikanth dipuji naik pesawat kelas ekonomi, sanggup tunggu peminat mahu bergambar

ARTIKEL BERKAITAN: Rajinikanth Terkejut Rosyam Sanggup Jadi Pelakon Sampingan

Filem itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sathyaraj, Upendra Rao, Nagarjuna, Shoubin Shahir dan Shruti Haasan.

Pemuzik terkenal Anirudh Ravichander turut bertindak sebagai pengarah skor filem tersebut.

Coolie dijangka ditayangkan di pawagam pada tahun depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain