suria

Serba tak kena, Sophie Turner mengaku susah jadi janda

Sophia mengakui sukar menjadi ibu tunggal.

HAMPIR setahun bercerai, pelakon Sophie Turner mengakui tidak mudah membesarkan anak-anak sendirian tanpa kehadiran suami.

Serba tidak kena, Sophie, 28, kecewa dengan persepsi negatif orang ramai terhadap wanita yang bergelar ibu tunggal.

"Susah sebenarnya jadi ibu tunggal, orang luar tak faham.

Copy of Untitled - 2024-09-30T144936.015

Sophie dan Joe bercerai pada 5 September tahun lalu.

"Ada banyak benda yang dianggap memalukan bila jadi ibu. Keluar berkerja salah, tak keluar berkerja pun salah," katanya.

Tidak mengendahkan kecaman dilemparkan, pelakon filem X-Men itu nekad berkerja keras demi anak-anaknya.

"Saya bersyukur dapat peluang jadi seorang ibu. Dia buatkan saya nak terus berkerja untuk anak-anak.

"Dan saya rasa penting untuk anak-anak tengok macam mana besarnya pengorbanan ibu untuk mereka," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto berpesta rosak reputasi Sophie Turner, selesai isu dengan Joe Jonas secara tertutup

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah perintah 2 anak Joe Jonas dan Sophie Turner terus menetap di New York

Sebelum ini, Sophie didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu selepas foto dirinya berpesta tersebar di Internet.

Pada 5 September tahun lalu, penyanyi Joe Jonas memfailkan cerai terhadap Sophie selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Sophie dan Joe bernikah pada 2019 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Willa dan Delphine.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain