suria

Pelakon ‘The Glory’ Park Ji Ah meninggal dunia akibat pendarahan otak

Park Ji Ah meninggal dunia pada usia 52 tahun.

PELAKON drama The Glory iaitu Park Ji Ah meninggal dunia akibat pendarahan pada bahagian otak pada pagi Isnin.

Berita sedih itu disahkan oleh syarikat pengurusannya yang memaklumkan pemergian aktres berusia 52 tahun itu berpunca dari serangan strok.

Malah, Ji Ah dikatakan sudah bertarung nyawa melawan penyakit yang dirahsiakan sejak sekian lama.

Copy of Untitled - 2024-09-30T103956.539

Ji Ah pernah membintangi drama bersiri The Glory.

"Kami berduka cita memaklumkan Park Ji Ah meninggal dunia pada jam 2.50 pagi tadi pada usia 52 tahun selepas mengalami serangan strok iskemik.

"Billions akan sentiasa mengenang semangat yang dimiliki mendiang, kerana dia mencintai lakonan hingga ke akhir hayat," katanya.

Sementara itu, proses pemakaman mendiang akan berlangsung pada 2 Oktober di Pusat Perubatan Asan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon suara ‘Darth Vader’ James Earl Jones meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Beverly Hills, Shannen Doherty meninggal dunia akibat kanser

Untuk rekod, Ji Ah memulakan kerjaya seni pada tahun 2002 menerusi filem Costal Line.

Namun kehebatan lakonannya terserlah menerusi beberapa filem seram termasuk Gidam (2007) dan Gonjiam (2018).

Nama Ji Ah semakin dikenali apabila memerankan watak ibu kepada aktres Song Hye Kyo menerusi drama bersiri Netflix iaitu The Glory pada 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain