KEMUNCULAN pelakon Jeon Jong Seo di Minggu Fesyen Paris 2024 baru-baru ini sekali lagi mencetuskan khabar angin bahawa aktres berkenaan dikatakan membuat prosedur membesarkan bahagian pinggul. Allkpop melaporkan, ketika muncul dalam pertunjukan koleksi jenama Chloe, Jong Seo yang hadir menggayakan busana rona putih berenda dipadankan bersama skirt labuh kelihatan menampakkan sosok garis pinggulnya yang melengkung. Netizen membuat perbandingan penampilan Jong Seo dulu (kiri) dan sekarang. Penampilan terbaharu pelakon drama Queen Woo itu bagaimanapun mendapat perhatian netizen yang mempersoalkan sama ada Jong Seo telah menjalani prosedur membesarkan pinggul. Malah ada segelintir netizen yang membandingkan foto Jong Seo sewaktu di awal kemunculannya menerusi drama Burning pada 2018. ARTIKEL BERKAITAN: Banyak kali nafi buat pembedahan pada wajah, Kim Kardashian kantoi jumpa pakar bedah plastik ARTIKEL BERKAITAN: Tak serik buat pembedahan plastik... Bebizie kumpul duit untuk cantikkan punggung pula! "Berhentilah tertanya-tanya kerana ia memang jelas kelihatan (besarkan pinggul). "Walaupun mungkin dia melakukan prosedur itu, ia tidak penting. Saya tetap sukakan lakonannya dalam drama Queen Woo," tulis netizen. Untuk rekod, ini bukan pertama kali Jong Seo terpalit dengan khabar angin tersebut kerana sebelum ini aktres berkenaan turut berdepan spekulasi menaikkan bahagian pinggul sewaktu muncul dalam iklan promosi produk dengan berpakaian ketat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!