ENGGAN terus dipandang sebagai pelakon remaja, Ratu Sofya sanggup mencabar diri membawa watak berbeza dalam filem terbaharunya berjudul Dosa. Bukan sahaja memegang peranan sebagai isteri, malah watak Sofya, 20, dalam filem berkenaan juga memerlukan dia melakukan aksi intim. Baginya melakonkan babak tersebut dapat mengubah persepsi penonton terhadap bakatnya sebagai seorang anak seni. Sofya mahu keluar dari zon selesa dalam lakonan. "Karakter ini belum pernah saya bawakan. Orang kenal Ray Sofya sebagai seorang pelakon remaja tetapi kali ini benar-benar berbeza. "Saya terima dengan hati terbuka jika penonton mengatakan saya sudah berubah dan berani ambil watak ranjang. "Saya tidak mahu terus berada ditahap yang sama, perlu mencari kelainan," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Dua individu tampil mohon maaf, menyesal fitnah Azizah Salsha curang ARTIKEL BERKAITAN: Tamara Tyasmara lega Jaksa tuntut hukuman mati terhadap bekas kekasih, harap ada keadilan untuk arwah anak Walaupun pada awalnya berat hati melakukan babak tersebut, Sofya percaya dengan teknik kamera dapat menghidupkan babak berkenaan tanpa perlu berlebihan di set penggambaran. "Saya juga bimbang akan dimarahi ayah namun dia tidak ada masalah untuk saya terima watak ini. "Rugi sekiranya saya menolak tawaran berlakon dengan jalan cerita yang hebat," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!