suria

Selepas sebulan bercinta, Lana Del Rey sah bergelar isteri Jeremy Dufrene

Lana mendirikan rumah tangga selepas memperoleh lesen permohonan perkahwinan.

TIDAK sampai sebulan mengesahkan hubungan cinta, penyanyi Lana Del Rey akhirnya mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya iaitu Jeremy Dufrene pada Jumaat.

DailyMail melaporkan pasangan itu mengadakan majlis perkahwinan di sebuah tasik terletak di Des Allemandes Louisiana, Amerika Syarikat.

Menerusi video yang tular, Lana, 39, dilihat berjalan ke arah pelamin dengan ditemani bapanya.

Copy of Untitled - 2024-09-27T163952.605

Pasangan itu mengadakan perkahwinan mereka di Louisiana.

Pelantun Summertime Sadness itu tampil anggun mengenakan gaun pengantin berwarna putih dengan rambutnya diikat rapi.

Manakala Jeremy pula kelihatan segak mengenakan sut hitam ketika meraikan hari bahagia tersebut.

Sebelum ini, Lana dilaporkan memperoleh lesen perkahwinan daripada Pejabat Pendaftaran Mahkamah Lafourche Parish di Louisiana, Amerika Syarikat.

ARTIKEL BERKAITAN: Berkenalan di aplikasi temu janji, Lana Del Rey bertunang dengan Clayton Johnson

ARTIKEL BERKAITAN: James Franco Tulis Buku Mengenai Lana Del Rey

Pada Ogos lalu, khabar angin percintaan Lana bersama Jeremy hangat diperkatakan selepas pasangan itu dilihat berpegangan tangan di London.

Penyanyi itu, bagaimanapun seakan mengesahkan hubungan dengan Jeremy selepas hadir bersama ke majlis perkahwinan model Karen Elson di New York.

Lebih menguatkan andaian peminat, mereka kelihatan serasi mengenakan pakaian berwarna biru dalam majlis tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain