suria

Jaehyun NCT daftar latihan tentera 4 November, bakal sertai unit pancaragam

Jaehyun bakal diletakkan di bawah unit pancaragam tentera.

ANGGOTA kumpulan NCT iaitu Jaehyun dilaporkan bakal menyertai latihan ketenteraan bermula 4 November depan.

Allkpop melaporkan Jaehyun bakal diletakkan di bawah unit pancaragam tentera.

Vokalis itu dijadualkan bakal memulakan latihan asas terlebih dahulu sebelum menyertai kumpulan pancaragam berkenaan.

Copy of Untitled - 2024-09-26T161031.227

Jaehyun merupakan anggota NCT yang kedua memulakan latihan tentera.

Dalam pada itu, syarikat pengrusan SM Entertaiment memberitahu sesi kemasukan Jaehyun akan dilakukan secara tertutup atas faktor keselamatan.

Susulan itu, peminat diminta agar tidak datang ke lokasi kem bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau kejadian tidak diingini.

"Jaehyun NCT dijadualkan menjalani khidmat tentera pada 4 November bagi memenuhi kewajipannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktor ‘Start Up’ Nam Joo Hyuk sertai latihan tentera Mac ini, diletakkan dalam pasukan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Bilik hotel Jaehyun NCT kena ceroboh, pihak pengurusan kumpul maklumat cari penyebar video

"Pada hari kemasukannya ke pusat latihan, tidak akan ada acara rasmi bagi mengelakkan sebarang masalah disebabkan kesesakan kerana ramai anggota tentera lain akan hadir.

Difahamkan, Jaehyun merupakan anggota NCT kedua bakal memulakan latihan kententeraan selepas ketua kumpulannya, Taeyong.

Jaehyun dijangka bakal menamatkan latihan ketenteraan pada 5 Mei 2026.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain