BELUM lagi sah bercerai, penyanyi rap Offset mendakwa isterinya iaitu Cardi B berlaku curang terhadapnya sebelum ini. Offset mendakwa Cardi atau Belcalis Marlenis Cehus, 32, pernah melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki ketika sedang hamil anak ketiga mereka. "Awak melakukan hubungan seks ketika sedang hamil. Beritahu kebenarannya," kata Offset. Cardi dan Offset berkahwin pada September 2017. Offset mendedahkan perkara itu susulan bengang dengan sikap Cardi yang bercakap tentang isu peribadi mereka menerusi video siaran langsung di Instagram. Tidak berdolak-dalik dengan tuduhan tersebut, Cardi mengakui perkara itu menerusi hantaran di X miliknya. "Ya, benar," katanya ringkas. Rata-rata peminat membuat spekulasi bahawa Cardi membuat hantaran tersebut adalah bagi membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Offset. ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B cuba jadi hero, bertengkar dengan wanita sepak kereta orang awam ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B selamat bersalin anak ketiga, timang bayi perempuan Untuk info, Cardi menfailkan cerai kali kedua terhadap Offset pada Ogos lalu sehari sebelum dia mengumumkan sedang hamil anak ketiga. Peguam Cardi memaklumkan keputusan itu diambil susulan masalah rumah tangga yang berlarutan. Hasil perkahwinan Cardi dan Offset pada 20 September 2017 mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kulture Kiara, 6, Wave Set, 3, dan seorang bayi yang baru dilahirkan pada 7 September lepas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!