NAMA penyanyi asal Korea Selatan iaitu Hwasa sering menjadi bualan hangat netizen kerana penampilannya dikatakan terlalu seksi. Mana tidaknya, Hwasa yang juga anggota kumpulan Mamamoo pernah tampil dihadapan khalayak ramai tanpa memakai pakaian dalam pada tahun 2019. Susulan itu, Hwasa menerima kecaman daripada netizen malah sehingga kini imej berkenaan masih menjadi perbahasan. Hwasa lebih memilih untuk tidak memakai pakaian dalam. Setelah sekian lama berdiam diri, Hwasa akhirnya tampil mendedahkan punca dia berasa kurang selesa mengenakan pakaian dalam. "Ia buat saya sangat tidak selesa. Setiap kali pakai coli, saya selalu rasa kembung perut selepas makan. "Memang sejak kecil saya ada masalah pencernaan," katanya. Mengakui penampilannya itu sukar diterima orang ramai, Hwasa bagaimanapun tiada masalah untuk mengekalkan imej berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Hwasa (Mamamoo) alami 'Anxiety Disorder' ARTIKEL BERKAITAN: Terkangkang di atas pentas depan pelajar universiti, Hwasa (Mamamoo) dipanggil polis "Anggota yang lain memang terkejut melihat imej saya pada ketika itu sampaikan mereka larang saya keluar. "Tapi saya tetap dengan gaya sama setiap kali keluar dengan rakan-rakan lain. "Dahulu ramai yang kecam tapi sekarang orang dah dapat menerima cara saya," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!