SUSULAN penahanannya atas dakwaan pelbagai masalah jenayah, penyanyi rap P. Diddy mengambil keputusan untuk menjual aset di bawah harga nilai untuk menguruskan kos perundangan yang semakin meningkat. Menurut sumber yang didedahkan kepada Radar Online, Diddy atau nama sebenarnya Sean John Combs, 54, dikatakan terdesak menjual kediamannya di Miami, Amerika Syarikat dengan harga jauh lebih rendah berbanding nilai pasaran. Penyanyi lagu Last Night itu menjual sebuah rumah agam Star Island di Miami dengan harga $18.8 juta (RM75 juta) yang sepatutnya bernilai $48.5 juta (RM202. 4 juta). Tindakan itu dibuat bagi membayar yuran guaman yang terus meningkat kerana terdapat dakwaan baharu dimana Hakim di Michian mendakwa penyanyi berkenaan gagal membayar bayaran sivil sebanyak $100 juta (RM417.2 juta) kepada mahkamah. Diddy terpaksa menjual rumah untuk mendapatkan wang. Jumlah itu perlu dibayar untuk menyelesaikan tuduhan Diddy menyerang seorang lelaki berusia 27 tahun secara seksual dalam pergaduhan yang berlaku di Detroit. Diddy didakwa memuntahkan minuman keras dan mendera lelaki itu ketika dia tidak sedarkan diri dalam sebuah acara yang berlaku pada 1997. Pada Jun lalu, mangsa dalam aduannya memberitahu Diddy meletakkan sesuatu dalam minumannya sehingga dia tidak sedarkan diri dan diperkosa. Bagaimanapun, Diddy menafikan dakwaan itu tetapi gagal memfailkan saman dan akhirnya terpaksa membayar sebanyak $10 juta (RM41.7 juta) kepada mangsa. ARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy diletakkan dalam pengawasan ketat di penjara, ada kecenderungan bunuh diri ARTIKEL BERKAITAN: Polis jumpa 1,000 botol ‘baby oil’ di rumah P. Diddy, hakim tolak ikat jamin RM213 juta Pada 16 September lalu, Diddy dilaporkan ditahan pihak polis di sebuah hotel di Manhattan, Amerika Syarikat. Mahkamah Persekutuan New York menolak permohonan ikat jamin terhadap Diddy sebaliknya memerintahkan penyanyi berusia 55 tahun itu ditahan di penjara sementara menanti perbicaraan kes tersebut. Pemuzik terkenal ini terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk dikaitkan dengan skandal 'Freak Off' yang didakwa memperdaya wanita untuk terlibat dalam aktiviti seksual. Diddy dipenjarakan sementara menunggu perbicaraan kes serangan seksual melibatkan dirinya. Diddy dikatakan merakam setiap perbuatan tersebut bagi menutup mulut mangsa supaya tidak mendedahkan aktiviti tidak bermoral tersebut secara terbuka. Skandal tersebut menjadi tumpuan ramai apabila ia turut mengaitkan ramai selebriti terkenal lain yang ada di antara mereka turut menjadi mangsa kerasukan nafsu Diddy. Malah beberapa penyanyi rap lelaki seperti Meek Mill, Usher, Rick Ross dan beberapa nama lain turut dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Diddy. Mereka didakwa melakukan hubungan seks dengan Diddy sebagai cara untuk mengecap populariti sebagai artis. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!