suria

Rumput stadium rosak gara-gara konsert, IU sangkal dakwaan perlu ganti rugi

IU mengadakan konsert IU 2024 HEREH Encore: The Winning pada minggu lalu.

SUSULAN mengadakan konsert di Stadium Piala Dunia Sangam di Seoul, penyanyi IU didakwa menjadi punca kerosakan rumput padang stadium berkenaan.

Malah timbul tuduhan mengatakan IU terpaksa membeli rumput baharu bagi menggantikan rumput yang sudah rosak.

Tampil menyelar dakwaan tersebut, pengurusan IU iaitu EDAM Entertaiment menegaskan pihaknya mematuhi segala peraturan ditetapkan berkenaan penjagaan rumput.

Copy of Untitled - 2024-09-23T173007.661

Pihak IU sudah berusaha sehabis baik menjaga rumput padang.

Jelasnya, tuduhan membeli rumput baharu dianggap tidak berasas memandangkan mereka sudah melakukan sehabis baik untuk mengurangkan kerosakan pada rumput.

"Kami memang patuhi semua peraturan yang ditetapkan dan letakkan platform pelindung pada kawasan tempat duduk di bahagian padang.

ARTIKEL BERKAITAN: IU hantar hadiah kepada penduduk apartment sebelah lokasi konsert, mohon maaf jadi penyebab bunyi bising dan kesesakan lalu lintas

ARTIKEL BERKAITAN: Impian jadi kenyataan, datuk 76 tahun ‘flex’ foto bersama IU - “Saya terpaksa memeluknya kembali”

"Kami juga sudah meminta peminat untuk tidak memakai kasut bertumit tinggi ketika konsert bagi memastikan keadaan rumput terjaga," katanya.

Sebelum ini, ramai pihak menyuarakan kebimbangan mereka terhadap keadaan padang rumput stadium yang terletak di Mapo-gu itu.

Bintang bola sepak Korea Selatan Song Heung Min antara yang tidak berpuas hati apabila stadium bola tersebut dijadikan lokasi konsert.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain