suria

Perkahwinan bertahan 5 tahun, pelakon Claudia dan suami CEO bercerai

Claudia dan Min Geun sepakat pilih jalan mahu berpisah.

TIADA angin tiada ribut, pelakon Claudia Kim bercerai dengan Ketua Pegawai Eksekutif DN Korea iaitu sebuah syarikat platform digital hartanah, Cha Min Geun.

Usia perkahwinan pasangan tersebut hanya bertahan selama hampir lima tahun.

Menurut laporan Allkpop, Claudia, 39 dan Min Geun, 42, bersetuju untuk membuat haluan masing-masing dengan memilih jalan untuk berpisah.

NP-229

Claudia ketika dalam filem Avengers: Age of Ultron.

Bagaimanapun butiran mengenai sebab perceraian dan urusan penjagaan anak masih belum didedahkan.

Kisah percintaan mereka mendapat publisiti yang tinggi kerana merupakan gabungan pasangan pelakon dan usahawan yang berjaya dalam bidang masing-masing.

Claudia membuat debutnya di Hollywood pada tahun 2015 dengan memainkan sebuah watak dalam filem Marvel's Avengers: Age of Ultron.

Baru-baru ini, aktres itu muncul dalam Gyeongseong Creature Musim pertama di platform penstriman Netflix dan drama JTBC The Atypical Family.

ARTIKEL BERKAITAN:Agensi sahkan Claudia Kim akan berkahwin pada 14 Disember depan!

ARTIKEL BERKAITAN: Claudia Kim kini hamil anak pertama, mahu berehat daripada aktiviti seni

Manakala Min Geun sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutid di WeWork Asia-Pasifik dan Ketua Pegawai Eksekutif WeWork Korea sehingga Oktober 2019.

Usahawan itu kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif DN Korea, sebuah syarikat proptech yang mengendalikan platform hartanah Dongnae.

Pasangan itu berkahwin pada Disember 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia tiga tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain