suria

Lima hari tak berjumpa Lolly, hidup Vadel Badjideh sudah tiada makna

Vadel mengakui sangat merindui Lolly selepas dua hari tidak berhubung.

KEKASIH anak selebriti sensasi Nikita Mirzani iaitu Vadel Badjideh memberitahu air matanya tumpah apabila mengenangkan nasib teman wanitanya yang kini berada di sebuah pusat pemulihan wanita.

Kata Vadel, sebelum ini dia hanya menangis kerana hal-hal yang berkaitan dengan keluarga namun ini merupakan kali pertama air matanya tumpah untuk seorang perempuan.

"Pertama kali aku menangis kerana perempuan. Biasanya aku menangis hanya untuk keluargaku kerana aku sayang mereka, tetapi kali ini aku menangis sebab kamu, aku sedih sayang," luahnya.

Meskipun sudah tidak lagi berkomunikasi, Vadel turut menyampaikan perasaannya terhadap Lolly dan berjanji akan sentiasa berada di sisi teman wanitanya itu.

vadel1 - 1

Vadel mencintai Lolly (kanan) sepenuh hati.

"Jujur aku sangat cinta dan sayang pada kamu, setelah aku melihat masalah yang menimpa kita, aku sedar bahawa aku perlu terus berada di samping kamu selamanya," katanya.

Vadel berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Vadel memberitahu hidupnya seakan tidak bermakna selepas lima hari tidak dapat berhubung dengan anak selebriti tersebut.

"Semoga kamu melihat story Instagram ini ya sayang (Lolly). Kamu jangan lupa makan sayang, minum air yang banyak.

ARTIKEL BERKAITAN: Vadel Badjideh mahu kahwin anak Nikita Mirzani, nafi rogol dan paksa kekasih gugurkan kandungan

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani hantar Lolly ke pusat pemulihan wanita, berazam sumbat kekasih anak dalam penjara

"Sudah lima hari saya tidak menerima mesej daripada kamu. Saya rindu sangat dekat kamu," katanya.

Pada 19 September lalu, Nikita bertindak menyerbu apartmen sewa milik Lolly di Jakarta dan mengheretnya keluar.

Tindakan Nikita itu bagi membawa Lolly pulang selepas membuat laporan polis terhadap Vadel.

Vadel ketika ini dipercayai sudah melarikan diri dan pihak berkuasa sedang menjejakinya bagi membantu siasatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain