suria

Reza Arap sanggup bayar ganti rugi kepada peniaga gara-gara kedatangan IShowSpeed

Reza bertanggungjawab atas kedatangan Speed ke Indonesia.

PENYANYI Indonesia Reza Arap sanggup membayar ganti rugi kepada pihak yang terkesan akibat kedatangan YouTuber terkenal IShowSpeed ke Jogjakarta, Indonesia pada Khamis lalu.

Kata Reza atau nama sebenar Reza Oktovian, 36, dia bertanggungjawab sepenuhnya atas kedatangan Speed ke negara itu sehingga menyebabkan kerosakan barangan jualan peniaga lokasi berkenaan.

gambar artikel (14)

Reza meminta untuk peniaga yang mengalami kerugian untuk tampil.

Justeru itu, dia memuat naik satu ciapan di laman X meminta para peniaga yang mengalami kerugian untuk tampil memaklumkan kepada dirinya.

"Boleh tolong kirakan berapa jumlah kerugian yang dialami. Terima kasih.

"Semua kerugian telah saya selesaikan terima kasih," tulisnya di laman X.

ARTIKEL BERKAITAN : Tahniah! lagu 'Lathi' capai 100 juta strim, wajah Weird Genius terpampang di New York

ARTIKEL BERKAITAN : “Kalau gol, saya terus sokong dia” - Penyokong tegar Ronaldo tunai janji, jadi peminat Messi selepas jaring gol sepakan percuma

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji tindakan Reza yang sanggup mengambil tanggungjawab membayar ganti rugi berkenaan.

“Awak memang terbaik, walaupun percakapan awak agak kasar ketika stream tapi kamu selalu prihatin terhadap masyarakat terutamanya peniaga kecil-kecilan.

"Semoga dimurahkan rezeki bang Rap, Terima kasih, terbaiklah bang Rap,” puji netizen.

Difahamkan ahli kumpulan Weird Genius ini yang telah menghubungi Speed dan sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk membawa YouTuber berasal Amerika Syarikat itu ke Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain