KESILAPAN pengendali akaun media sosial jenama kecantikan milik Jennifer Lopez memuat naik foto penyanyi itu memakai rantai dengan ukiran 'Ben' menarik perhatian peminat. Mana tidaknya, Jennifer, 55, yang kini sedang berdepan proses penceraian bersama suaminya iaitu Ben Affleck dilihat menggayakan rantai emas yang tertera ukiran nama pelakon itu. Hantaran berkenaan bagaimanapun dibanjiri dengan komen yang mempersoalkan status hubungan pasangan itu. Rantai tertera nama Ben curi perhatian peminat. Malah, ada netizen yang menyangka pasangan berkenaan sudah pun berdamai dan kembali bersama. "Rantai nama Ben? Adakah ini bermaksud mereka sudah kembali bersama?" komen netizen. Sedar akan kesilapan yang dibuat, jenama tersebut segera memadam foto tersebut kemudian digantikan dengan hantaran baharu. Dalam pada itu, netizen berpendapat kesilapan sedemikian diaggap tidak kena pada waktu dan sepatutnya dielakkan demi menjaga hati kedua-dua belah pihak. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan lagi khabar angin, Jennifer Lopez fail cerai selepas 2 tahun kahwin Ben Affleck ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan gaya hidup glamor isteri didakwa jadi punca hubungan Ben Affleck dan Jennifer Lopez mula renggang Pada 20 Ogos lalu, Jennifer memfailkan penceraian terhadap Ben di Mahkamah Tinggi Los Angeles, Amerika Syarikat. Untuk rekod, Jennifer dan Ben mendirikan rumah tangga pada tahun 2022 selepas setahun kembali bercinta. Pasangan ini juga pernah menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun 2000 sebelum membatalkan perkahwinan pada tahun 2003. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!