PELAKON Korea Jang Na-ra mengakui kehidupannya semakin bahagia selepas berkahwin. Na-ra 43, memberitahu walaupun sudah bergelar isteri namun kehidupannya tidak banyak berlaku perubahan dan masih sama seperti dahulu. Na-ra mengakui kehidupannya lebih bahagia selepas berkahwin. "Tidak banyak perbezaan sebelum dan selepas berkahwin. Kehidupan harian saya lebih stabil. "Kami juga banyak bergurau senda. Kehidupan saya sekarang lebih baik berbanding sebelum ini," katanya. ARTIKEL BERKAITAN : Jang Nara akhirnya bergelar isteri, wajah dan identiti suami kekal misteri ARTIKEL BERKAITAN : Sudah usia 41 tahun, Jang Nara stres sering dipuji awet muda! Dalam pada itu, Na-ra turut menceritakan suaminya sering mengunjunginya sewaktu pengambaran. "Saya suka berjumpa dengan dia (suami) di luar. Namun apabila saya panggil dia dengan panggilan sayang, suami saya malu dan suruh berhenti," ujarnya. Untuk rekod, Na-ra telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya pada 22 Jun 2022. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!