suria

Dah puas bersabar, Sule bagi amaran individu fitnah Mahalini curang... “Kamu tak akan menang kerana tiada bukti”

Sule memberi amaran kepada pihak yang cuba mengganggu rumah tangga anak menantunya.

BAPA mertua kepada penyanyi Mahalini, pelawak Sule memberi amaran keras terhadap individu yang menyebar fitnah mendakwa menantunya itu bersikap curang dengan rakan sekerja.

Menyifatkan tuduhan dilemparkan tidak berasas, Sule yakin kebenaran akan berpihak kepada Mahalini.

"Tolong ya buat orang yang menyebar fitnah, saya minta kamu hati-hati sebelum terjadi sesuatu kepada kamu.

Copy of Untitled - 2024-09-24T125830.332

Sule menyokong tindakan Mahalini membuat laporan polis terhadap pemfitnah berkenaan.

"Kamu tak akan menang kerana tiada bukti yang kuat," katanya.

Dalam pada itu, Sule turut menyokong penuh tindakan Mahalini membuat laporan polis terhadap individu berkenaan.

Jelasnya, fitnah yang disebarkan sudah melampaui batas serta mencemarkan reputasi keluarganya.

"Kami sudah banyak bersabar, tapi kalau masih nak mengganggu silakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Mahalini dituduh curang di belakang Rizky Febian, desak pemfitnah tunjuk bukti

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai cuba ganggu hubungan Rizky Febian dan Mahalini, tukang tilik ramal pasangan ini bahagia sampai tua

"Orang yang dengki dan cuba jatuhkan keluarga saya, teruskanlah. Nanti mereka yang akan jatuh sendiri," jelasnya.

Sebelum ini, Mahalini bertindak membuat laporan polis terhadap seorang individu yang mendakwa dia bersiakp curang dibelakang suaminya iaitu penyanyi Rizky Febian.

Untuk rekod, Mahalini dan Rizky sah bergelar suami isteri pada 10 Mei lalu dan majlis pernikahan berlangsung di sebuah hotel di Jakarta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain