suria

Han So Hee minta henti tanya fasal bekas kekasih, berang kisah putus cinta masih jadi bualan

So Hee rimas sering ditanya soal cinta lalunya.

MESKIPUN hubungan percintaan antara pelakon Ryun Jun Yeol dan Han So Hee sudah berakhir namun kontroversi mengenai isu itu masih lagi hangat diperkatakan netizen.

So Hee atau Lee So Hee, 30, bagaimanapun mengakui kurang selesa apabila orang ramai dan wartawan masih sibuk ingin mengetahui kisah peribadinya itu.

"Saya percaya perkara peribadi tidak sepatutnya bercampur dengan perkara umum, saya harap anda menikmati dan menonton drama ini dengan baik," kata So Hee.

2893601

So Hee rimas apabila sering diajukan soalan mengenai hubungan cinta lalu.

So Hee berkata demikian ketika ditemui media sewaktu menghadiri sidang media tayangan drama musim kedua Gyeongseong Creature.

Pelakon ini turut menegaskan supaya tidak ada mana-mana pihak termasuklah wartawan bertanyakan kisah peribadi berbanding drama lakonannya itu.

Dalam perkembangan lain drama Gyeongseong Creature 2 bakal disiarkan menerusi platform Netflix pada 27 September ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak tahan tekanan, Han So Hee dan Ryun Jun Yeol berpisah

ARTIKEL BERKAITAN: Han So Hee mengaku bercinta dengan Ryu Jun Yeol, nafi jadi punca kekasih tinggalkan Hyeri

Pada pertengahan Mac lalu, So Hee mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Jun Yeol selepas paparazi berjaya merakam foto mereka sedang becuti di Hawaii.

Mereka bertemu ketika menghadiri acara pameran fotografi tahun lalu namun mula rapat awal tahun ini.

Pengakuan tersebut juga sekali gus menolak dakwaan kononnya dia menjadi orang ketiga menyebabkan hubungan Jun Yeol dan bekas kekasihnya iaitu pelakon Hyeri putus.

Jun Yeol dan Hyeri sudah menjalinkan hubungan cinta sejak tujuh tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain