PELAKON Tamara Tyasmara menerima baik keputusan juri atau Jaksa Penuntut Umum (JPU) yang menuntut hukuman mati dilaksanakan terhadap bekas kekasihnya iaitu Yudha Afandi. Kata Tamara, 29, hukuman berkenaan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh Yudha selepas didapati membunuh anaknya iaitu Dante pada Januari lalu. "Hukumannya setimpal dengan apa yang dia lakukan. Walaupun tak dapat hadir ke mahkamah tetapi saya lega mendengar perkhabaran itu. "Semoga berjalan lancar untuk sidang selanjutnya," katanya. Tamara berharap keadilan berpihak kepada anaknya. Meskipun hukuman belum diputuskan oleh Hakim, namun Tamara tetap mengharapkan keadilan berpihak kepada anaknya. "Sekarang tinggal keputusan dari Hakim saja. JPU dah berkerja keras untuk semua ini. "Semoga hasilkan tetap sama dan sesuai dengan tuntutan ini," ujarnya. Tuntutan hukuman dibacakan oleh JPU ketika perbicaraan di Mahkamah Negeri Jakarta Timur pada Isnin lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih Tamara Tyasmara mengaku benam kepala anak dalam kolam, mahu ajar teknik pernafasan ARTIKEL BERKAITAN: Terima ugutan bunuh, Tamara Tyasmara dedah sikap buruk bekas kekasih Yudha berdepan tuntutan hukuman mati selapas kesalahannya disifatkan kejam dan tidak berperikemanusiaan. Malah sepanjang perbicaraan berlangsung, Yudha langsung tidak terlihat seperti menyesali perbuatannya. Bagaimanapun, tuntutan terhadap Yudha mendapat respon kurang baik bapanya yang menyifatkan keputusan itu sebagai melampau. Tidak terkesan dengan respon berkenaan, Tamara meletakkan sepenuh tanggungjawab buat pihak mahkamah untuk menilai keputusan. Dante meninggal dunia akibat lemas pada 27 Januari lalu. "Terserah dia nak cakap apa, itu hak dia. Tetapi saya disini bersyukur dengan tuntutan berkenaan," jelasnya. Dante yang merupakan anak tunggal kepada Tamara disahkan meninggal dunia pada 27 Januari lalu dipercayai akibat lemas. Beberapa hari selepas kematiannya, Yudha ditahan pihak berkuasa sebagai suspek utama penyebab kematian kanak-kanak tersebut kerana dia individu terakhir bersama Dante di lokasi kejadian. Rakaman litar tertutup (CCTC) di premis berkenaan mendapati Yudha bertindak membenamkan kepala Dante beberapa kali sebelum disahkan meninggal dunia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!